IKHTIAR MASALAH DENGGI

Demam denggi disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (Genus Flavivirus) yang dibawa oleh nyamuk aedes betina.

Simptom-simptom seperti :

1) Demam mengejut dan tidak kebah, dengan
2) Sakit kepala teruk,
3) Sakit di belakang bebola mata (pedih dan sengal).
4) Sakit sendi dan otot


Adalah antara tanda awal bagi masalah jangkitan virus ini. Jika ada tanda-tanda seperti di atas ini, maka jangan berlengah ke hospital berhampiran atau mengambil langkah kawalan awalan. 
Kegagalan atau kelewatan merawatnya akan menyebabkan :

1) Radang hati
2) Radang otak
3) Radang Otot kardiak (otot jantung)


Yang dalam ertikata lain
MEMBAWA MAUT.

Secara ringkasnya, bagi permasalahan ini, terdapat dua keadaan penting untuk membendungnya, iaitu :

1) Mencegah
2) Merawat

Dua keadaan ini amat berbeza keadaannya serta kaedah menguruskannya.

Bagi Mencegah jangkitan virus denggi ini, adalah :
1) Menelan Pati Habbatussawda (3ml) setiap pagi sebelum sarapan bagi mengaktifkan sistem lobulus di dalam hati (liver) untuk sumber metabolisme hati bagi mencegah segala antigen(virus) yang menganggu sistem tubuh.

2) Amalkan memakan sekurang-kurangnya
sebiji kurma sebagai awalan sarapan.

3) Amalkan
meminum susu kambing sebagai ambilan sarapan.

4) Banyakkan meminum
air putih sekurang-kurangnya 2 liter sehari.


Selain daripada memastikan tiada air bertakung di kawasan kediaman atau premis perniagaan.

Bagi kaedah Merawat, boleh dicuba :

1)
Air kelapa muda 250ml + Halia 2 inci (ditumbuk), kemudian diberi minum setiap 2jam.

Atau

2)
Daun sirih 3helai + Air panas (150ml) + Cengkih 7kuntum + Bunga Lawang 3 kuntum. Direndam kesemua bahan di dalam air panas tersebut, tunggu sehingga suam, kemudian diberi minum kepada pesakit yang berisiko, setiap 2 jam.

Atau

3)
Habbatussawda (pati 6ml / bijian 5 cubit) + Madu lebah 5sudu besar (5ml x 5) + Pati Delima 5 sudu besar (5ml x 5). Digaulkan kesemua bahan, biarkan selama seminit (untuk sebatian). Kemudian diberi pesakit berisiko telan sebaiknya sebelum memakan makanan berat. Selepas 1-3 minit, pesakit disarankan meminum air putih.

Banyak lagi kaedah bagi menangani masalah Virus Genus Flavivirus (Denggi) ini.
 



Sumber : Persatuan Terapi Islam Al Fatah (TIAF) Melaka 
                (Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus)
                http://terapi-alfatah.blogspot.com
Bekam @ Al Hijamah @ Pa Hou Kuan @ Cantuk adalah bersifat ANTI HISTAMINE.

"Bekam sakit tak?"

Ini adalah soalan cliche dan paling banyak ditanya oleh kebanyakan mereka yang belum pernah berbekam.

Maka, wajar para hujjam (pembekam) menjawab dengan JUJUR.

Bekam itu menyakitkan, tetapi sakitnya bukan bersifat seperti hendak mati, kerana proses tikaman jarum dan torehan mata pisau dalam bekam adalah TIDAK MENGGUNAKAN BIUS dan bersifat ANTI-HISTAMINE (Pembebasan Histamine)

Perlu difahami, proses tikaman atau torehan dengan mata pisau adalah suatu proses pembebasan histamine (keradangan) pada lapisan pertama dan kedua kulit (epidermis dan dermis).

Proses ini penting kerana pembebasan histamine akan mengurangkan risiko penempelan atau pembentukan asid urik, mencegah kanser kulit dan paling penting mengaktifkan sistem kelenjar dalam penggalakan antibodi tubuh.

Pelanggan perlu didedahkan hal ini supaya keinginan untuk bekam bagi mencegah penyakit akan meningkat, malahan mereka akan lebih bersedia dan paling utama mereka bertekad ittiba' (mengikuti) sunnah Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam.

Kesakitan seperti digigit semut atau dicubit manja oleh isteri, itulah gambaran sakit dibekam.

Jadi, jangan takut untuk berbekam. Jika ragu-ragu, carilah jurubekam yang memahami selok belok bekam sepenuhnya. Tanya dan terus tanya secara berhadapan.

Kepada yang mengiklankan Bekam tanpa sakit atau bekam tanpa rasa, maka berhati-hatilah. Sifir anti histamine bekam adalah perlu rasa pedih digigit semut, dan paling pasti bukan pedih digigit harimau.

Sunnah Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam adalah DAKWAH. Maka, wajar diamalkan dengan ILMU, bukan taqlid buta.





Next Post Newer Posts Previous Post Older Posts Home