Masalah utama bagi kaum gadis adalah masalah dismenore atau bahasa mudahnya Senggugut. Permasalahan senggugut ini jika dibiarkan daripada sebelum berkahwin lagi, akan mendorong kepada risiko sukar beroleh zuriat, masalah sista (cyst) ataupun fibroid dan paling utama adalah masalah keputihan yang tidak terkawal. Tidak kiralah senggugut primer atau sekunder.



Hal ini termasuk dengan mereka yang mengalami masalah sembelit, bahanan yang merangkumi penyelesaian secara umum bagi permasalahan di atas, dan khusus bagi masalah rahim serta vagina. Ramuan ini juga sesuai kepada mereka yang mengalami masalah haid yang tidak stabil juga masalah gangguan makhluk halus di dalam rahim.


Ramuan ini diberi nama PERAWAN. Perawan dalam istilah kaum gadis yang menjaga diri luaran dan dalaman.

BAHANNYA (BEKALAN 3 PAGI PENGAMBILAN) :

1) Daun Sirih ( Kalau dapat selebar tapak tangan masing-masing) - 9 helai 2) Kulit Kayu Manis - 7 Batang 3) Bunga Lawang – 7 kuntum 4) Halia Muda – 3 Ulas ( Seulas 3 inci) 5) Gula Batu 3 ketul ( Seketul 3 inci) atau boleh digantikan dengan madu lebah 7 sudu (Selepas bahanan siap direbuskan). 6) Air putih 500-600ml.


KAEDAH PENYIAPKAN :
1) Kesemua bahan direbus dengan api yang perlahan selama 30-40 minit (sebaiknya periuk tanah).
2) Setelah siap direbuskan, bau bahanan ‘naik’, sifat bahanan asal berubah warna (contohnya hijau daun sirih bertukar menjadi kelabu).
3) Ditapis, kemudian diminum sebelum sarapan.
4) Pastikan semasa rebusan, elakkan berbuih-buih (direneh-reneh).
5) Bahanan yang telah ditapis, boleh digunakan semula untuk 2 kali rebusan, lebih dari itu, sinergi bahan sudah berkurangan.

TATACARA MINUM :
1) Diminum sebelum mengambil sarapan. Lazimnya sukatan air selepas rebusan, dari 500-600ml akan surut ke 300-400ml.

2) Pengambilan dilakukan selama 7 hari berturut-turut bagi mereka yang bermasalah. 3 hari berturut-turut bagi mereka yang normal (diamalkan setiap bulan selepas bersih haid)

3) Bagi yang akan melangsungkan perkahwinan, digalakkan pengambilan selama 2 minggu berturut-turut sebelum dari tarikh keramat tersebut.

DOA-DOA YANG DIGALAKKAN DIBACA PADA BAHANAN :
1) Al Fatihah 3x, berdoa pada setiap kali waqaf ayat : 3 (Ar Rahmanir Rahim). 2) Ayatul Kursi 3x berdoa pada setiap kali waqaf kalimat (Wala ya’u dhuhu ….) 3) 3 Qul 1x 4) Surah Al Waqiah : 35-36 (3x).



Mudah-mudahan ramuan dan ikhtiar ini dapat membantu permasalahan kalian, anak-anak gadis kalian atau bakal isteri kalian.



Kami sedia berikhtiar untuk anda bagi mengatasi masalah zuriat.  Diagnos perlu dilakukan kepada kedua-dua pasangan suami-isteri bagi mencari memgenalpasti punca masalah. 

Kami akan memberi saranan pemakanan Sunnah untuk di amalkan secara istiqamah selepas proses diagnos. 

Dan memberi kaedah terapi bekam, akupuntur, urutan saraf bergantung kepada tahap masalah yang dihadapi.


 

Berikut adalah ikhtiar ringkas pemakanan Sunnah. Amat digalakkan sebelum mengamalkannya. dijalankan dahulu proses diagnos kedua-dua pasangan suami-isteri.



IKHTIAR KAEDAH MEMPEROLEH ZURIAT


Sediakan 49 biji kurma (sebaiknya ruthob) seorang (suami dan isteri wajib ambil) bermaksud 49 X 2, Madu lebah asli dan air zam-zam.

1) 7 butir Kurma dibuang bijinya, kisar atau kacau sehingga hancur di dalam sebuah mangkuk.

2) Kemudian dicampur dengan madu lebah, secukupnya, sehingga ramuan tersebut seakan-akan jem atau pes.

3) Ramuan ini adalah untuk satu hari, iaitu ditelan atau makan sebelum sarapan, diambil selama 7 pagi berturut-turut, tanpa putus.

4) Selang 5-10 min setelah makan, minum air zam-zam dengan doa.
Adapun ramuan tersebut terlebih baiknya didoakan dengan:

Al Faatihah 7x, Ayatul Kursi 3x, At Tariq:7 3x, Al An'am 98 3x, Selawat 11x.
InsyaALLAH, semoga ALLAH memudahkan ikhtiar kalian.




Next Post Newer Posts Previous Post Older Posts Home